Wednesday, January 26, 2011

mianhe....=(

kpd para peminat cerpen saya,,,(gaya cam rmai pminat jep,,,kuang3)
saya nak mntak maap sbb saya xbleh update cerpen saye 2 buat mase skrang,,,
maybe after C.N.Y bru bleh update,,,
saya bertrima kasih kpada yg menyokong slama neyh,,,(ayt artis,,,huahuahua)
dan trima kasih juga teguran untk memperbaik saya punya karya tue,,,
saya akan cuba buat yg terbaik,,,!!!
so,,,after C.N.Y,,,nntikan part baru ye!!!!

aku juga seorang wanita....

aku juga seorg wanita„,
yang punya hati dan perasaan„,
aku juga seorg wanita„,
yang punya harga diri dan maruah„,
aku juga seorg wanita„,
yang punya naluri dan jiwa„,
aku juga seorg wanita„,
yang dahagakan kasih sayang„,
aku juga seorg wanita„,
yang punya rasa cinta di hati„,
aku juga seorg wanita„,
yang inginkan kebahagiaan„,
aku juga seorg wanita„,
yang idamkan sebuah perkahwinan„,
dan aku juga seorg wanita„,
yang impikan sebuah keluarga yang sempurna„,
lalu hormatilah aku sebagai seorg wanita„,
kerana aku juga seorg wanita….

Saturday, January 22, 2011

DUKA CINTA (2)

Purnama Holdings, Kuala Lumpur
Ryzal bersandar di kerusi sambil mengeluh pendek. Memicit-micit kepalanya yang sakit akibat masalah bersama kliennya sebentar tadi. Dato’ Zaini menolak kertas kerjanya atas alasan ianya tidak lengkap. Padahal Ryzal sudah berkali-kali menyemak kertas kerjanya sebelum diserahkan kepada Dato’ Zaini. Dia melihat-lihat sekali lagi apa yang tidak lengkap pada kertas kerjanya. Kemudian, dia menekan talian interkom setiausahanya.

“Alyssa, masuk bilik saya sekejap”, arah Ryzal. Kemudian kembali bersandar sambil memejamkan matanya yang terasa lesu.

Bunyi ketukan pintu mengejutkan Ryzal.

“Ya, masuk”, sambil membetulkan kembali posisi tubuhnya.

Alyssa berjalan ke arah Ryzal sambil membawa buku catatan kecil yang biasa dibawa oleh seorang setiausaha.

“Ada apa encik Ryzal nak jumpa saya”, tanya Alyssa berhemah.

“Erm, saya nak awak jumpa dengan pengurus kewangan syarikat kita, Encik Hisham. Minta dia lengkapkan sikit lagi maklumat pada kertas kerja ni. Saya nak awak bagitau dia yang saya perlukan kertas kerja ni sebelum pukul 3 petang esok”, Ryzal mengarah tegas.

“Baik Encik Ryzal. Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?”, Alyssa bertanya sejurus selepas mencatat arahan Ryzal sebentar tadi.

“Tak ada. Awak boleh keluar. Terima kasih Alyssa”, Ryzal membalas dengan senyuman.

Alyssa mengangguk dan terus menapak keluar dari bilik pejabat Ryzal. Ryzal kembali bersandar, memejamkan matanya. Dia cuba untuk tidur sekejap. Sekadar merehatkan tubuhnya yang hanya tidur selama 3 jam sahaja setiap hari.

‘Syika’, Ryzal membuka matanya. Terkejut dengan monolognya sendiri. Nama gadis ayu itu terpacul dari mulutnya ketika dia hampir dibuai mimpi. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Ryzal menyebut nama Syika dalam keadaan yang separa sedar. Cuma dia hairan kenapa nama gadis itu yang terpacul dari mulutnya. Dia berfikir sejenak. Bayangan wajah gadis itu muncul perlahan-lahan di minda khayalannya. Senyuman manis Syika telah meruntun jiwa lelakinya. Dia sudah mula membayangkan wajah gadis itu ketika dia duduk bersendirian.

‘Dah angau ke aku ni?’, Ryzal bermonolog sendirian.

Pantas Ryzal bangun dari kerusinya. Hanya satu saja cara untuk melupakan bayangan yang bermain-main di mindanya. Dia harus menyibukkan dirinya dengan urusan kerja di pejabat. Tapi dia hanyalah manusia biasa. Sungguh dia tidak mampu melupakan gadis itu. Usai sahaja urusan di pejabat, dia balik merehatkan badan. Merebahkan diri di atas katil dengan wajah yang amat kepenatan. Penat mengiring ke kiri, dia mengiring pula ke kanan. Penat menelentang, dia meniarapkan badannya pula. Masih juga wajah Syika yang difikirkannya.

‘Aku harus berbuat sesuatu’, Ryzal mengomel sendiri.

Dia tahu Syika bukan lagi gadis biasa buat dirinya. Selesai sahaja urusan kertas kerja bersama Dato’ Zaini esok, dia akan terus bertolak ke Pulau Pinang. Pasti pihak penganjur akan menyimpan rekod nama orang-orang yang datang ke seminar di USM baru-baru ini. Dia cuma ingin tahu alamat dan nombor telefon Syika dan dia mengharapkan usahanya akan berhasil.

*** 

Selesai solat Isyak, Syika duduk di hadapan cermin meja soleknya. Menyikat rambutnya yang basah selepas mandi tadi. Dia membuka laci meja soleknya. ‘Catatan Adam’ disimpannya di situ. Lama dia diamkan ‘Catatan Adam’ di situ kerana terlalu sibuk dengan perniagaan di kedainya. Usai menyikat rambut, dia mengambil ‘Catatan Adam’ dan duduk di birai katilnya. Perlahan-lahan dia membuka helaian terakhir yang dibacanya.

Isnin, 25 Januari 2010
Assalamualaikum,
Syika apa khabar? Hari ni sihat?

‘Alhamdulillah Adam, Syika sihat’, balas Syika dalam hati.

Adam doakan Syika sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dari Allah. Amin. Syika tau tak hari ni hari apa? Hari ni hari pertama kali kita jumpa kan? Adam ingat lagi waktu tu Syika tengah makan kat cafe. Lepas tu, Adam tertumpahkan air Adam kat baju Syika. Hehe. Sori ye Syika. Tapi Adam bersyukur sangat orang yang Adam tumpahkan air tu Syika. Sebab Adam rasa kalau orang lain mesti dah marah-marah Adam macam tak cukup mulut.

Syika tergelak sendirian membaca ayat terakhir yang ditulis Adam.

Hari ni Adam belajar surah al-Fatihah. Mula-mula macam susah laa sikit. Tapi bila Ustaz Amri ulang banyak kali baca surah tu, alhamdulillah Adam boleh ikut. Ustaz Amri cakap lepas Adam dah dapat ingat surah al-Fatihah ni  dengan betul, baru dia nak ajar Adam macam mana nak solat. Alhamdulillah Allah temukan Adam dengan Syika. Pada Adam, Syikalah perempuan terbaik yang diciptakan Allah untuk Adam. Syika buatkan Adam tertarik dengan Islam. Syika kenalkan Adam dengan cara hidup Islam. Syika ajar Adam apa itu Islam. Selama Adam hidup sebagai seorang kafir, jujur Adam cakap Adam tak pernah rasa Islam tu sangat indah. Tapi alhamdulillah Allah bagi hidayah kat Adam melalui Syika. Adam jumpa cahaya dalam hidup Adam pun melalui Syika. Adam tak pernah menyesal jadi seorang muslim dan Adam harap Syika pun tak pernah menyesal kenal dengan Adam.

‘Sikit pun tak terlintas penyesalan di hati Syika Adam’, Syika bermonolog lagi.

Oklah Syika. Adam ada kerja sikit nak buat lepas ni. Nanti Adam sambung lagi sembang dengan Syika ye. Assalamualaikum.

‘Waalaikummussalam’, jawab Syika sambil tersenyum sendiri. Dia menutup ‘Catatan Adam dan disimpan kembali di dalam laci meja soleknya. Perlahan-lahan ingatan mengenai pertemuannya dengan Adam terlintas di fikirannya.

*** 

“Sori cik, sori. Saya tak sengaja. Sori sangat-sangat”, lelaki cina itu berkali-kali meminta maaf dengan Syika.

“No, it’s okay. Saya tak kisah pun”, Syika cuba menenangkan keadaan sambil mengesat-ngesat basah pada bajunya.

“Tapi cik, baju cik dah kotor sangat ni. Saya gantikan baju lain ye”, perasaan bersalah masih menyelubungi lelaki cina itu. Segera dihulurkan sapu tangannya kepada Syika untuk mengelap kotor di bajunya.

“Eh, takpe lah. Saya memang tak kisah pun. Lagipun saya dah tak ada kuliah lepas ni. So, saya boleh laa terus balik rumah. Tak payahlah susah-susahkan diri awak nak belikan baju untuk saya ye. Banyak lagi baju saya kat rumah tu”, Syika cuba berjenaka sekadar menghilangkan rasa bersalah lelaki cina tersebut.

“Betul ke ni tak apa?”, masih terpancar kerisauan di wajahnya.

“Iya. Betul. Saya memang tak kisah sangat pun”, Syika hanya senyum saat melihat wajah bersalah lelaki cina itu.

“Kalau macam tu, tak apalah cik. Saya minta maaf sekali lagi ye. Please let me know kalau awak nak saya gantikan dengan baju lain ok?”, pertanyaan lelaki cina itu diiringi gelak tawa perlahan yang cuba disembunyikan oleh Syika.

Masakan dia mahu meminta lelaki itu belikan baju lain buatnya. Seperti perempuan tidak tahu malu saja lagaknya. Tapi Syika hanya membalas dengan anggukan beserta senyuman agar lelaki itu tidak tersinggung dengan perlakuannya.

Lelaki cina tadi terus meminta izin untuk berlalu pergi dari situ memandangkan rakan-rakannya sedang menunggunya untuk makan bersamanya.

Sejurus sahaja Syika duduk kembali di meja makan bersama teman-temannya, Zana terus mengajukan soalan, “Kenapa kau tak mintak je dia gantikan baju kau? Banyak kot dia tumpahkan ni. Kalau aku laa, dah lama dah aku mintak dia belikan baju lain untuk aku. Jimat sikit duit aku.”

Syika hanya membalas dengan senyuman, “Ishh, kau ni. Takkanlaa nak mintak dia belikan pulak. Lagipun aku memang tak kisah pun. Dia bukannya sengaja.”

“Hmm, yelaa tu. Kadang-kadang aku tengok kau ni macam baik sangat laa Syika. Sampai dah macam ni teruk pun baju kau, kau still lagi boleh maafkan dia”, sampuk Asma’ di sebelah Zana.

“Dah, dah. Jom sambung makan balik. Kesimpulannya Cik Syika kita ni bukannya pendendam macam korang. Cik Syika kita ni pemaaf, baik orangnya. Tak gitu Cik Syika?”, jenaka Alia diiringi gelak tawa mereka berempat. Selepas itu, mereka menyambung kembali makan tengah hari mereka yang terbantut sebentar tadi tanpa mengetahui pertemuan tadi memberi seribu satu makna kehidupan pada diri Syika.

***

Friday, January 21, 2011

DUKA CINTA (1)

‘Catatan Adam’ diletakkan di tepi bantal. Mata Syika mula merasa berat. Selalunya dia akan beradu apabila jam hampir menunjukkan tengah malam. Tapi malam ini entah kenapa dia ingin meluangkan masa yang lebih panjang daripada biasa untuk membaca ‘Catatan Adam’.

Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Dia harus tidur. Lagipun, dia perlu menghadiri seminar di Pulau Pinang pada esok pagi. Jam 5.30 pagi sudah harus mula bertolak dari rumahnya. Walaupun harus pergi atas urusan kerja, dia tidak akan meninggalkan ‘Catatan Adam’ kerana baginya ‘Catatan Adam’ adalah salah satu kenangan terpenting untuk dirinya.

*** 

Pulau Pinang, 8.30 pagi
Bunyi deruan enjin kereta BMW 7 series mengejutkan mahasiswa-mahasiswa Universiti Sains Malaysia. Ryzal cepat-cepat mencari ‘parking’ kosong untuk meletakkan keretanya. Kesibukannya mengalahkan seorang Perdana Menteri. Baru sahaja pulang dari satu urusan kerja di Kuala Terengganu, hari ini dia perlu lagi memberi ceramah tentang seminar usahawan muda di Pulau Pinang. Padahal dia bukanlah seorang yang berkelulusan Ph.D. Tapi oleh kerana kecermelangannya dalam menguruskan sebuah syarikat perniagaan milik ayahnya, Purnama Holdings, dia telah dijemput untuk memberi ceramah kepada usahawan-usahawan yang ingin berjaya sepertinya. Kini Purnama Holdings mempunyai cawangan di seluruh negara, Asia dan di bahagian Timur Eropah.

Tidak dinafikan Ryzal cukup bangga dengan apa yang dimilikinya sekarang. Cuma dia belum bertemu dengan pasangan hati yang akan melengkapkan hidupnya. Usianya sudah pun menjangkau 33 tahun. Tapi masih lagi berstatus bujang. Bukan kerana terlalu memilih calon isteri tapi kerana kesibukan kerja, dia tidak mempunyai masa untuk kehidupan berkeluarga. Hampir setiap hari ada saja perempuan yang cuba mendekatinya. Apa lagi jika melihat personalitinya sahaja sudah mampu membuat semua perempuan terpana. Dengan badan tegap ala-ala Remy Ishak, tinggi, kacak dan sedikit berkumis, mustahillah kalau perempuan tidak cair melihat dirinya. Tapi mereka tidak pernah menerima layanan baik dari Ryzal kerana dia tahu ramai di antara mereka tidak benar-benar tulus mencintainya. Tidak kurang juga perempuan yang hanya dahagakan hartanya, bukannya benar-benar mahu menjadi yang halal buatnya. Bolehlah jika dikatakan Ryzal masih menanti seorang calon isteri yang mithali untuk dirinya.

Selesai sahaja seminar, Ryzal memohon maaf kepada warga dewan yang menghadiri seminarnya atas kelewatannya sebentar tadi. Berkali-kali dia menundukkan kepalanya tanda dia benar-benar ikhlas meminta maaf dengan mereka. Dia tidak mahu dilabel sebagai usahawan yang tidak tahu menghormati orang lain.

*** 

Syika hanya tersenyum melihat keikhlasan Encik Hasryzal. Tidak disangka masih wujud lelaki kaya yang ‘low profile’ sepertinya. Selama ini, baginya hanya ada seorang sahaja lelaki yang ‘low profile’ seperti itu. Malangnya lelaki itu sudah tiada lagi dalam hidupnya. Hanya kenangan yang menjadi ingatan. Ingin saja dia melupakan segalanya, tapi apakan daya, kenangan yang ditinggalkan lelaki itu cukup untuk membuat dirinya sentiasa mengingati kisah lama.

Terkejut Syika apabila bahunya ditepuk rakannya di sebelah.

 “Kenapa ni? Masih teringatkan dia?” Zana cuba memujuk.

Syika hanya tersenyum, “Tak ada apa-apalah”, sambil mengesat genangan air mata di hujung matanya.

Mereka bangun meninggalkan dewan seminar. Hari ini juga mereka harus pulang kembali ke Alor Setar, menguruskan Massive Design, sebuah kedai cetak yang mencetak pelbagai hiasan grafik komputer. Itulah juga salah satu kenangan dari lelaki itu yang masih ditinggalkan untuk Syika. Zana adalah seorang rakan yang bekerja dengannya. Mungkin Zana ialah seorang pekerja tapi Syika tidak pernah menganggap sedemikian. Kerana Zanalah yang sentiasa menemaninya saat dia sudah tidak punya tenaga untuk hidup. Zanalah yang membawa dia kembali ke alam nyata. Ternyata kasih sayang seorang sahabat sepertinya sukar untuk dicari galang ganti.

*** 

Ryzal kalut mencari kunci kereta di dalam poket seluarnya. Dia terlupa di mana dia menyimpan kunci keretanya gara-gara lambat masuk ke dewan seminar sebentar tadi. Penat meraba di poket kiri, dia meraba pula di poket sebelah kanan. Apabila hasilnya hampa, dia mencari pula di dalam beg yang dibimbitnya bersama. Tetapi tidak juga ketemu. Ternyata kunci keretanya sudah hilang.

“Excuse me”, terdengar suara seorang perempuan menyapa di belakangnya.

Ryzal berpaling untuk melihat empunya suara. Terpana seketika dengan keayuan wajah gadis di hadapannya. Hanya berbaju kurung biasa tapi bertudung litup menutupi paras dada. Tidak terlalu nampak seperti kekampungan kerana gadis itu tahu berfesyen dengan gaya tudung yang dipakainya. Kulit wajahnya yang sawo matang menyerlahkan lagi keayuan seorang gadis Melayu.

‘Cantik’, getus hatinya.

Gadis itu tersenyum padanya menampakkan lagi kecantikan yang dianugerahkan Ilahi kepadanya.

“Saya rasa ini encik punya”, sambil memegang kunci kereta milik Ryzal.

Ryzal malu sendiri. Walaupun usianya sudah dianggap matang, tapi masih lagi tidak mampu menjaga barang dengan baik. Dia hanya tersenyum pada gadis itu.

“Thanks”, dia menghulurkan tangannya, mengambil kunci dari gadis tersebut.

Gadis itu mengangguk tanda menerima ucapan terima kasihnya. Ryzal kehilangan kata-kata. Hanya tunduk menahan malu pada gadis di hadapannya.

“Saya minta diri dulu ya encik”, gadis itu mula mengorak langkah untuk beredar pergi.

Ryzal cuba menahan gadis itu dari pergi, “Erm, excuse me cik.....”

“Syika”, gadis itu menjawab pendek.

“Em, Cik Syika”, Ryzal mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Kalau Cik Syika tak keberatan, saya nak ajak Cik Syika makan tengah hari dengan saya hari ni. Just sebagai tanda terima kasih saya untuk Cik Syika”, Ryzal cuba untuk berkenalan dengan gadis itu lebih dekat.

Syika terdiam seketika. Bukannya dia tidak mahu menerima pelawaan itu. Tapi jiwa wanitanya tidak membenarkan dia melakukan sedemikian. Takut ada yang membawa fitnah apa lagi dengan status yang dipegangnya sekarang. Walaupun Zana ada bersama, ia masih tidak manis dipandang orang.

“Macam mana? Setuju?”, Ryzal mengumpan lagi apabila melihat Syika hanya tunduk diam.

Syika kelihatan serba salah. Tapi dia terpaksa juga menolak pelawaan Encik Hasryzal.

“Maafkan saya, tapi saya ada urusan lain yang perlu saya uruskan sekarang”, Syika menolak lembut pelawaan Encik Hasryzal.

“Oh, macam tu ke. Tak apalah kalau macam tu. Mungkin lain kali saya berpeluang lagi nak belanja Cik Syika makan”, Ryzal hanya senyum pada Syika. Mengawal rasa kecewa dalam dirinya.

“Kalau macam tu, saya minta diri dululah Encik Hasryzal”, Syika meminta izin untuk beredar.

Ryzal hanya mengangguk. Menuntun pandangannya ke arah Syika yang sudah berlalu pergi dari situ. Dari jauh dia melihat Syika bersama seorang rakan berjalan menuju ke kereta mereka. Dan kereta itu terus berlalu pergi tanpa menghiraukan rasa kecewanya dengan penolakan pelawaannya sebentar tadi. Jarang dia berjumpa dengan perempuan yang sanggup menolak pelawaannya. Inilah kali pertama baginya. Kerana itulah, sifat untuk berkenalan dengan Syika semakin membuak-buak. Ingin mengenali siapakah gadis yang tampak begitu baik sehinggakan sanggup menolak ajakan seorang jejaka kacak dan kaya sepertinya.

*** 

Syika cuba mengawal ayunan langkahnya agar tidak nampak seperti kalut. Zana yang melihatnya hairan dengan kelakuan Syika yang cepat mengatur langkah ke arahnya.

“Kenapa? Encik Hasryzal tu buat apa-apa kat kau ke? Kalut semacam je aku tengok kau”, Zana mengajukan soalan yang bermain di benak fikirannya.

Syika hanya menggelengkan kepala. Menidakkkan pertanyaan Zana. “Dia ajak aku makan tengah hari dengan dia. Tapi aku tolak. Aku takut kalau-kalau ada orang yang kenal kita nampak. Tak manis pulak aku rasa”, Syika menerangkan keadaan sebenar.

Zana hanya membalas dengan anggukan, “Habis tu, kenapa kau kalut semacam?”, Zana masih hairan dengan kelakuan Syika yang panik dari tadi.

Syika diam membisu seketika.

“Jomlah. Nanti lambat pula kita sampai ke Alor Setar”, Syika mengatur langkah ke kereta. Ingin mengelak pertanyaan Zana sebentar tadi.

Zana hanya melihat atur langkah Syika. Hairan dengan kelakuan Syika. Tapi dia tidak mahu banyak bertanya kerana dia tahu pasti ada sebab kenapa Syika tidak mahu memberitahunya.

Mereka hanya diam membisu di dalam kereta. Zana hanya memerhatikan Syika yang memandu di sebelah. Teringat tentang genangan air mata Syika dalam dewan seminar tadi. Rakannya itu telah banyak berada di dalam keadaan di mana tuhan sering menguji keimanannya. Menerima sesuatu kematian bukanlah sesuatu yang dapat diatasi dengan mudah. Tapi dia bangga mempunyai sahabat seperti Syika yang sentiasa tabah walaupun kadang-kadang dia cuba menyembunyikan kesedihannya. Pasti ada sisa kenangan yang masih tertinggal dalam diri Syika. Zana hanya mahu melihat sahabat baiknya bahagia.

‘Ambillah berapa banyak masa yang kau perlukan Syika. Aku akan sentiasa berdoa agar Allah kurniakan kebahagiaan buat kau”, hati Zana berbisik sendirian. 

***

Wednesday, January 19, 2011

JaLaN-jALan Di JItrA...

kluar IPDA pkol 12.30tgh ari,,,
pkol 5 bru igt nak blek hostel,,,
jalan mcam xigt dunia,,,
mula-mula g Maybank,,,cik Yati nak masukkan duet dlam akaun,,,
pas2,,,jlan2 smpai ke Jitra Mall,,,
gile pulak ngan barang2 kat situ,,,
tyme aq xde duet ney laa barang2 sume ade diskaun,,,
diskaun sampai 70% plak tue,,,mmg gile laa kejap aq td,,,
nseb baek laa elaun xmsuk ag,,,klau x da lesap sume barg2 kat atas MALL tue,,,
after smayang,,,kitorg gerak pegi KFC plak,,,
sje lepak2 kat situ,,,(ade hal yg perlu dirahsiakan,,,hehehehe)
tbe2 nmpak smbal petai kat satu kedai mkan neyh,,,
sume meleleh air liur,,,
kalo tadah besen kat bwah,,,sure penuh,,,
tanpa segan silu kitorg masuk dlam kedai mkan tue,,,
sbb prot sume da bergendang,,,
yg herannya,,,td sbb nmpak smbal petai laa kitorg nk mkan kat situ,,,
alih-alih bila da msuk kedai,,,
kitorg mkan benda lain plak,,,
tp xpelaa,,,asalkan perot kenyang,,,senang hati,,,hahahha
memang senang hati sunggoh lpas mkan tuyh,,,
hepi je muke sume,,
,mcam anak penyu baru nak blaja berenang,,,(apa kaitan ntah)

muka gumbira lepas melantak mee goreng 
n nasi goreng
cik Sue muka kenyang yg teramat,,,
mee goreng pown xabis mkan,,,
cik Fifi buat kenangan,,,
begambar ngan sudu n garpu kat kedai mkan tuyh,,,hahaha
1st tyme aq mkan xabih,,,
tgk tue,,,
ada sisa telor,,udang dua ekor,,,mee lbeyh2 sket,,,
ish3,,,troknye kamu neyh cik Layla,,,
ney pinggan cik Fifi,,,
LICIN!!!bgos cik Fifi,,,bgos,,,alhamdulillah,,,
(padahal udang2 kau sume humban dlam pinggan aq,,,hahaha)

after da puas melantak,,,
kitorg pegi menuntut janji di PIZZA HUT,,,yeah!!!
sempena HOT TICKET PIZZA HUT yg cik Sue bawak mai cney,,,
kitorg dpat beli PIZZA dgn harga yg sgt99x MURAH,,,hehehehe
kitorg dgn bangganya dpt mkan 3 PIZZA size PERSONAL 
dgn harga RM3.20 je...kihkihkih


3 pizza personal,,,hawaiian chicken,,,perggghhhh,,,
mmg feveret ai,,,,alhamdulillah,,,rzeki2,,,time kaseh laa cik Suraya ye,,,
sape2 yg meleleh tue,,,,sila lap cpat2 ye,,,hehehe

Nota Cik Penulis : cik penulis pegi Jitra dgn bwak bekalan RM19,,,semua duet tue lesap sekelip mate je,,,sesen pown cik penulis xbwak blek,,,haiii,,,elaun,,,bile nak masuk neyh???

Wednesday, January 12, 2011

=((

sdeyh sgt aq ase ari ney,,,
sume org blek umah,,,
mule2 igtkan rumet xjd blek,,,
tetibe plak dye blek,,,
Sue ngan Mak Yati pown sme naek jgak ngan rumet aq tuyh,,,
dua2 blek,,,
tinggallaa aq je sorang2 tengok dinding,,,
cakap pown ngan dinding,,,
tido pown dinding jugak yang temankan,,,
dah macam kene sawan gila dah aq ase,,,
muke aq pown da macam beruang hilang laki,,,
macam ney hah,,,

sdeyh dowh jd aq,,,!!!!
HUWAAAAAAAA!!!!!!!

Sunday, January 9, 2011

nasib baek ada!!!

Semalam semua orang pantai timur cuak...takut tiket dah habis balik raya cina ney...dengan aq2 skali cuak...biasalaa...kitorg ney selalu merana dengan hal tiket bile tyme2 nak balik kampung neyh...sebelum pergi beli...aq try laa call akak kaunter SP Bumi tue...nak tanya tiket 27hb malam ade lg ke tak...


aq : akak,,tiket 27hb malam ke K.TRG ade lg tak??
akak kaunter : erm,,27 malam dah penuh laa dek,,28 pagi ade laa...


adushh...macam mana ney??!!pikir punya pikir ngan Miza...kitorg pown decide nak pergi kaunter tue sendiri...sbb kitorg tak nak jalan siang2 ney...(tak boleh nak tido...hehehe)
bila dah sampai kat kaunter tue..akak tue pown tunjuk laa kat kitorg seat kosong untuk 28hb pagi...mak aih!!!ade 2 je seat kosong...kitorg ney plak datang nak beli tiket untuk 7 orang...memang laku 00ooiii tiket...memang macam pisang goreng panas!!!!


akak kaunter : jap dek...6t akak try tanye Shamisha...


tanye punya tanye...Shamisha pown penuh untuk 27hb malam...tak taw laa bile dyorg ney sume serbu kaunter tiket bas neyh...aq dah frust dah ney...sbb takde bas malam...
tetiba...Miza pegi laa survey kat kaunter Transnasional...nasib baek laa Trans ade bas ke TRG...lega laa aq...tp tiket dye mahal sket laa...biase beli RM55...tp Trans RM57.10..(sekupang pown nak kire ke???hayoyaaiiii)...takpe laa mahal sket pown...asalkan boleh balik dengan selamat...amiinnnn...
lepas tu...ntah macam mane aq bleh terpikir nak tanye harga tiket ke Jerteh...


aq : akak,,tiket ke Jerteh harga same ke??
akak kaunter : kalau Jerteh murah sket dek...
aq : murah tue brp kak??
akak kaunter : erm...RM48.10...


kalau tak kerana tempat awam...dah lame dah aq bersorak gumbira...hahahaha...jimat duet aq RM9...hehehe...
maka selepas itu...baliklah kami dengan aman sbb dah ade tiket dah...nasib baek ada tiket...kalau takde???!!!oleh kerana itu kita kenalah sentiasa bersyukur...(tetiba plak bg ceramah..haha)


nota cik bertuah : hal tiket nak balik kampung dah selesai...tiket dr kampung nak balik ke Jitra...bila nak selesai???

Saturday, January 8, 2011

dUIt oh DuiT

duit oh duit...
sebab kamulah saya jadi manusia POKAI sekarang...
nak beli nasi pown dah tak mampu...
inikan pulak nak makan ayam ngan ikan...ishhh3
sdeyh btol jadi saya...
kalau tgk purse,,mesti ada duet RM1 ngan RM5 je dlam tu...
paling byk pown RM10...itu pown ade laa dalam sekeping dua je...
payah sgt laa nak jumpa RM50 macam dulu-dulu...
kadang2 ada jugak rasa kesian kamu kat saya...
sebab kadang2 tu saya TERjumpa kamu dalam poket seluar ke...dalam loker ke...
Allah je taw betapa hepinya saya nampak kamu masa tu...
walaupun dua tiga ringgit je...saya tetap bersyukur...saya simpan kamu elok-elok...
mana laa taw...ada kecemasan ke...tyme2 tengah lapar...kan??
dalam bank pown...kamu dah tak banyak dah...
tak cecah RM300 pown...
dengan duet tulah saya kena hidup lagi 3 bulan...
terpaksalah saya menahan kemahuan selama 3 bulan neyh...
saya memang tak bahagia hidup tanpa kamu...
cuma satu je yg saya mintak...
kamu masuk dalam bank saya cepat sikit semester ney boleh???hehehehe

LU memang TERBAEK der!!!

ishhh...siapakah yang terbaek tuyh???
sape lg...SHAHEIZY SAM laa der....(tiru adnan sempit)
waa mmg ske gler beb ngan dye...
satu-satunya HERO MALAYA di hati waa...DIALAH....hahaha..
(dye knal waa pun tak...tbe2 je ade kat hati waa)
waa mmg tak pandang dah hero-hero laen
kat Malaysia neyh...(tipu dosaaaaa...haaaa)
mmg dye hensem gler laa...korang tak caye kan???
haaa...tgk laa...waa bg korang tatap muke dye...
tgk dye ney hensem ke tak hensem...
lpas korang tgk...waa rase korang pown bakal terpikatlah ngan dye...
tapi baek jangaaann...
waa punyeee tuyyyhhhhhh...hehehehe

comel kan dye senyum...hehehe

smart gler dye dlam citer neyh...macho der!!!

ney tyme menang ASK hari tu...
bangga je waa rase...haha..(tetiba plak waa yg bangga)

haaa...ney pown comel...macam budak2 gitu muke dye...
wahhhhh....!!!

haaa...amacam??smart kan???waa mmg dah taw lame dah...hehe
pape pown...
LU mEMaNG TerBAiK DeR!!!

Friday, January 7, 2011

KLAKAR..KLAKAR...KLAKAR...hahhaha

saje je nak share citer-citer klakar ngan korang...aq gelak macam org giler kot bace citer-citer neyh...hahahhaa...memang lawak nak mati....korang baca laa eh....

KISAH AYAM & LEMBU

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua
tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang . Rasa nak
bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)


DENDAM

Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?"
Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor , datuk aku mati pada masa tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina , Burma , Vietnam , semua sama aje!"

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.

"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit sang pengarah lagi.

"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje....!"


TELINGA

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga. Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya
keluar dari pejabat. 
Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank
hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. 
Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak. Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.
"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi.
Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata," Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana". Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!"

sori laa ye kalo tak klakar...=)

OPPA TERSAYANG..=)

when my heart starts beating...
i know it's u who's making...
i may not know the reason why i like u...
but 1 thing for sure..
i would luv u more each day dat would come...
i promise to 13elieve for all my life...
everyone sure knows who they are...hehehe
my beloved oppa...
of course it's SupER jUNiOr...
saje je nak kenalkan korang dengan mereka2 neyh...

URI NEUN SUPER JUNI-OORRR!!!!

jung soo(teukie) oppa...
da best leader ever!!!
heenim oppa...
smart kan dye ney...hehehe
tp dye kepunyaan jaja...
maka aq akan berdiam diri saje...hak3
hankyung!!!!
ELF miss u a lot!!!
ara???
jong woon(yesung) oppa...
vokal paling mantap...
yeah!!!
yong woon(kangin) ah...
i miss u so much...huk3
min oppa...
cute..feminin tp c00oollll....
aigoo...uri shindong...
eh...dah kawin ke belom???
donghae...
mamat paling smart dlam super junior...
tp ney nurul punyaaa....heheh
hyukjae(eunhyuk)...
no one can ever beat ur dance...
i like ittt!!!
siwon shi...
auuwww...ney laa lelaki sejati...
ade abs...muscle...pandai bersukan...
tp jgn risau nisa...aq takkan minat dye...hehehe
he's all yours...
wookie...
badan je kecik...
tp suara..mantappp!!!
kibum ahhhh!!!!!
ney laa cinta pertama i...hehehe
my cute..charming..handsome..loving..caring..
ape lg eh??hmmm....
kyuhyun ah...
super HOT magnae!!!
dun worry lom...
aq bkan perampas...muahahaha

inilah oppas-oppas i yg tersayang...
i luv them sooo muuccchhhh!!!!