Sunday, February 27, 2011

kelakar habis!!!!

mngu lpas tetibe je rse nk donlod citer golmaal 3...
tp bru je tgk smalam...
mmg klaka habis...KAHKAHKAHKAH...
aq xtipu beb...
fun gler citer neyh...!!!
dulu golmaal...lpas tue golmaal returns...
yg ney plak golmaal 3...
mmg pecah anak tekak beb tgk citer2 neyh...
HAHAHAHA.....KLAKA GLER!!!!

 GOLMAAL IS BACK AGAIN!!!

 nampak ajay devgan mcm tough je dlam cter neyh...
tp wlaupown tough...
smpat lg buat lawak...hahahahhaa...
luv u laa ajay...muuaxxxxx

 ney lpas kenakan business orang...
fun je muke sume...
tp last2...
business sndiri yg hancur....HAHAHA..



mintak-mintak laa sekuel golmaal ney ade lg...
credits 2 rohit shetty for making dis great muvee!!!
ROHIT!!!!plez make 1 more funny muvee dis year!!!!
I LUV IT....main sach kehte hain!!!

Tuesday, February 15, 2011

DUKA CINTA (3)

Dari jauh Jia Lu memerhatikan empat sekawan bergelak ketawa tidak jauh dari mejanya. Tapi matanya hanya tertumpu pada seorang gadis sahaja. Keikhlasan yang ditunjukkan oleh gadis itu membuatkan dia semakin diselubungi perasaan bersalah. Pandangannya masih lagi tertatap di wajah yang sama. Terfikir betapa sopannya gadis tersebut bila mendengar ketawanya yang perlahan dan menutup mulutnya dengan sebelah tangan. Jarang-jarang wanita yang mengawal gelak ketawanya sampai sebegitu.

“Hei, you ni kenapa?”, lamunan Jia Lu terhenti tatkala dikejutkan sergahan Jenny, teman baiknya sejak sekolah rendah lagi. Dan sekarang mereka sama-sama meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam fakulti yang sama. Cuma kursus sahaja yang berbeza. Jenny mengambil kursus sains maklumat manakala dirinya dalam kursus sains komputer. Mereka yang selalu dilihat bersama seringkali menimbulkan rasa syak dalam diri teman-teman yang lain kerana menganggap mereka pasangan bercinta. Hakikatnya mereka hanyalah kawan rapat dari kecil.

Jia Lu hanya memberi isyarat gelengan kepada Jenny. Dia tidak mahu membuka mulut memberitahu hal yang sebenar untuk mengganti pakaian gadis itu kerana takut Jenny tidak bersetuju. Selama ini pun, jika dia tidak sengaja merosakkan barang kepunyaan orang lain dan berjanji untuk menggantinya, pasti Jenny cepat-cepat meningkah.

“Buat apa nak bagi kat orang barang-barang tu. Baik you bagi je kat I”, inilah yang sering diulahkan Jenny apabila Jia Lu ingin mengganti barang yang dirosakkannya.

Kadang-kadang dia tidak mengerti apa sifat sebenar yang ada pada Jenny walaupun sudah berkawan agak lama. Tapi hanya didiamkan sahaja kerana jika ditegur, dia bimbang Jenny akan merajuk. Rajuk Jenny bukan seperti perempuan lain. Jenny kelihatan seperti sangat dahagakan pujukan darinya. Dan dia tidak pernah berkata ‘tidak’ apabila berada bersama Jenny. Takut rajuknya semakin berpanjangan.

***

Ayunan langkah Syika dan tiga sahabat rapatnya semakin laju menuju ke arah kereta Syika yang diparkir dekat dengan fakulti mereka. Sekotak hadiah di atas bumbung kereta menghairankan mereka berempat.

“Wah, wah, wah cik Syika. Sejak bila ade secret admire ni?”, Alia sengaja mengusik.

“Ada-ada jela kau ni Lia”, Syika segera menafikan usikan Alia. Dia mengambil kotak bungkusan tersebut. Sekeping kad terlekat di bahagian atas dan tertulis,

Maaf kerana merosakkan pakaian awak.
Ikhlas dari,
Jia Lu

“Dari siapa Syika? Cepatlah cakap”, ketidaksabaran sahabatnya dihadiahi dengan sebuah senyuman.

“Dari budak cina yang tumpahkan air kat baju aku semalamlah”, dari tulisan yang tertera di atas kad itu, dengan mudah dia dapat meneka siapa pengirim hadiah misteri tersebut. Syika lekas mengunjukkan kotak hadiah itu kepada Asma’ di sebelahnya kerana mahu mengambil kunci kereta di dalam beg tangannya. Dalam hatinya tersimpul rasa kecewa kerana dia fikir lelaki cina itu sudah benar-benar menerima kemaafan darinya. Bukannya apa, dia cuma tidak mahu gara-gara merosakkan pakaian yang sudah lama dipakainya itu, ada orang yang membazirkan wang semata-mata mahu memuaskan hatinya. Sungguh dia tidak kisah pakaiannya rosak semalam.

“Baik pulak aku rasa budak tu. Aku ingat dia main-main je nak ganti baju kau semalam”, puji Alia yang telah masuk ke tempat duduk di belakang. Di sebelah Syika, Zana hanya mengiyakan pujian Alia.

“Eh, aku nak buka hadiah ni boleh?”, Alia tersengih memandang cermin pandang belakang, mengajukan soalan kepada Syika yang memandu di hadapan.

“Bukalah”, bergema sorakan tiga rakannya di dalam kereta. Gembira dengan ulahan Syika yang membenarkan mereka membuka hadiah itu. Syika menutup telinganya dengan sebelah tangan. Bingit telinganya dengan teriakan rakan-rakannya. Dia tidak merasakan hadiah itu satu rahsia pun. Lagi pula, dia jarang berahsia dengan teman-temannya. Kerana itu dia hanya membiarkan sahaja mereka membuka hadiah dari lelaki cina tersebut.

“Wow. Syika, tengoklah ni. Dia bagi blaus kat kau. Cantiknya! Tiba-tiba je aku rasa jeles dengan kau”, Zana mencemikkan mukanya. Syika hanya mengerling sekilas memandang blaus yang dikatakan cantik oleh mereka. Dia hanya tersenyum dan mengangguk. Menumpukan kembali pandangannya ke hadapan yang sedang memandu. Sekarang, ucapan terima kasih menjadi hutang antara dia dan lelaki itu. Dia harus berjumpa dengannya untuk menzahirkan ucapan itu.

“Korang tau tak budak tu belajar kat fakulti mana?”, Syika mengajukan soalan tatkala rakan-rakannya diburu perasaan cemburu.

“Laa, kau tak tau ke? Dia kan satu kuliah dengan kita je. Kan ke dia selalu jalan dengan sorang perempuan cina tu. Kau tak tau eh?”, soalan Syika ditanya kembali dengan soalan.

Syika hanya menggeleng. Dia tidak pernah pula melihat lelaki itu di dalam satu bilik kuliah. Tapi jika difikir-fikirkan, logiklah jika dia tidak nampak. Bukannya sedikit pelajar yang belajar di dalam bilik kuliahnya.

“Alah kau ni, macam tak kenal pulak Syika ni. Dia mana suka cakap-cakap,pandang-pandang  lelaki ni”, sampuk Asma’ yang diam sejak tadi. Alia dan Zana hanya menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan Asma’. Syika hanya tersenyum, akur dengan ulahan Asma’. Memang benar, dia tidak suka bercakap dengan orang lelaki. Dia cuma bercakap perkara-perkara yang penting sahaja. Bukan kerana dia anti atau bencikan lelaki tapi kerana didikan yang diberi oleh mama kesayangannya yang dari kecil memberi didikan agama yang utuh buatnya menyebabkan dia menjauhkan dirinya daripada lelaki. Hanya berkawan biasa sahaja. Tidak berniat untuk keluar bergembira bersama mereka. Sesungguhnya zahir dan batinnya hanya untuk insan yang bergelar suami. Dia tidak mahu timbul fitnah dan syak wasangka pada pandangan mata orang lain.

***

Jia Lu menutup buku notanya untuk disimpan di dalam beg yang dibawa ke kuliah. Kelas hari ini sudah tamat. Dia bercadang mahu ke rumah Jenny hari ini. Sahabat baiknya itu sudah dua hari demam. Hanya berehat di rumah untuk menghilangkan denyutan kepala.

“Ehem, ehem”, bunyi deheman batuk yang dibuat-buat membuatkan Jia Lu berpaling ke belakang. Dia tersenyum melihat empunya suara. Gadis itu tersenyum padanya.

“Thanks for the gift”, Syika memulakan bicara.

“Tapi kan saya dah ca.....”, cakapan Syika cepat dipintas Jia Lu.

“Just anggap je sebagai tanda perkenalan. Lagipun saya tak nak rasa bersalah saya pada awak melekat sampai bila-bila”, seloroh Jia Lu. Mereka sama-sama ketawa. Seketika kedua-duanya diam membisu. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan.

“Erm..oklah. Saya minta diri dulu. Kawan-kawan saya pun dah tunggu kat luar tu. Saya pergi dulu ya. Bye”, Syika mula mengatur langkah tapi segera ditahan Jia Lu.

“Excuse me miss...”

“Syika” , jawapan Syika pendek sahaja.

“Anyway, saya Jia Lu”, Jia Lu menghulurkan tangannya kepada Syika tetapi Syika hanya diam memandangnya sambil tersenyum.

“Maaf. So sorry. Saya terlupa”, Jia Lu menepuk dahinya. Kesal dengan perbuatannya sebentar tadi.

“It’s okay. Saya faham”, Syika mengangguk seraya senyum.

“Erm..sorry kalau pertanyaan saya agak keterlaluan tapi boleh tak saya nak minta nombor telefon Syika?” Jia Lu meneruskan perbualan dengan satu permintaan yang agak keterlaluan bagi Syika. Tapi hatinya hanya mahu berkenalan dengan Syika.

Syika mengerutkan dahi tanda kurang pasti dengan permintaan yang diujarkan Jia Lu.

“Maaf. Maafkan saya sekali lagi. Saya tak berniat apa-apa. Saya cuma nak berkawan dengan Syika je”, Jia Lu menerangkan keadaan sebenar. Dia tidak mahu Syika buruk sangka padanya. Sungguh dia cuma mahu berkawan dengan gadis itu.

Syika diam sebentar. Walaupun Jia Lu nampak seperti lelaki baik tetapi baginya ‘first impression’ tidak selalunya tepat. Dia berfikir bagaimana cara untuk dia mengelak memberi nombor telefonnya kepada lelaki cina itu.

“Erm..macam nilah. Saya rasa kalau nak berkenalan tak perlu pun nombor telefon kan? Kalau saya bagi emel saya kat awak. Then, awak add saya kat YM. Boleh jugak kan?”, Syika menyuarakan pendapatnya.

“Yes. Good idea. Ok. Lebih baik la dari awak bagi nombor telefon kat saya kan? Apa la saya ni. Yang tu pun tak boleh nak fikir”, Jia Lu menyalahkan diri sendiri sambil mengeluarkan sekeping kertas kecil dan sebatang pen dari poket begnya. Dia mengunjukkannya kepada Syika. Syika lekas mengambil dan menulis alamat emelnya kepada Jia Lu. Dia tidak mahu lama-lama di situ. Takut dilihat mata-mata yang tidak faham keadaan sebenarnya pada waktu itu. Lagipun, rakan-rakannya sudah lama menunggunya di luar bilik kuliah.

Syika menyerahkan kertas dan pen tadi selepas menulis alamat emelnya. Sejurus selepas itu, dia terus minta diri untuk pulang. Jia Lu hanya mengangguk dan melambai tangannya mengiringi pemergiannya Syika. Bermula dari sinilah lahirnya kehidupan baru buat Jia Lu. Mengenal Syika merupakan satu perkara paling bahagia dalam dirinya.

***