Monday, May 28, 2012

for us to ponder - child slavery

randomly read a majalah kat ppsg, then attracted to the gambar2 budak kawen yg cumel2 kat dlm tuh.. terus mintak ngan che lah nak pinjam.. n time bace balik kat bilik, i found this very interesting topic,, ‘innocence lost’.. reading through the first paragraph je really buat aku rase bersyukor giler yg aku dpt membesar dalam keadaan yg happy, gembira, urm, camne nak cakap ek, kire macam kehidupan yg mmg kite deserved as a child laa.. ce korang bace sndiri,,

“this is a chilling thought; that as you read these very words, there are children, fatigued from work and uncared for, who are being treated as nothing more than expendable commodities. dehumanised, alone and ‘owned’, the only value with which they ever be viewed is what profit can be gained from their enforced labour. as we remember the bicentenary of the abolition of the slave trade, the world must acknowledge its most modern form-that of child slavery.”

kalau kat sesetengah negara laen, kanak2 senang2 je, dijual, dipaksa buat keje, n kalau yg budak pompuan pulak dipaksa jd pelacur la.. diorang memang totally lost diorang punye childhood diorang.. salah satu faktor utama die, kemiskinan.. either mak bapak jual diorang or diorang mmg sndiri2 have to work sbb nak penuhi diorang punye most basic living need je.. bukan macam setengah kite, mintak ape pon boleh.. nak basikal, dapat.. nak barbie, dapat.. kalau mak ayah tak kasi, mengamok, merajok.. diorang?? umor 4 tahon, dah kene keje berat2.. bayangkan 4 tahon.. kite pakai pempers lagi kot.. hai..
gmbar skdr hiasan
rumah korang ade karpet?? yg lembot, bulu2, import lg, dr pakistan, india, afganistan, morocco etc..but, tahukan korang, karpet tu sape yg buat??(i mean jahit or knit or whatever istilah yg diorang guna untok weave karpet) kalau korang nak tau, tangan2 kecik budak2 ni la yg buat.. diorang dipaksa buat keje siang malam tanpa henti kadang2..(err, maybe tak semua industri karpet macam ni,, this is just from wat i read la..) n there is an interesting story about a boy.. aku tak tau korang penah dengar tak name nih, but, die ni agak femes la.. iqbal masih, a pakistan boy.. this boy kene jual oleh parents die kat sbuah kilang karpet nih atas sbb tak leh nak afford die dah, time tu umor die baru 4 tahon.. die ni, kene chain, n dipaksa keje lebih dari 12 jam shari.. tangan die sampai jd kasar, dgn lack of care nye.. mmg siyes
kesian giler.. but then, 6 years later, he managed to escape.. pastu die masok Bonded Labor Liberation Front (BLLF), yg mane fungsi die mmg untok bantu kanak2 cam iqbal.. lepas die dah free tu, die bantu beribu2 lg kanak2 yg macam die untok freekan diorang jugak.. dipendekkan cite, time umor die 13 tahon, die mati kene bunuh.. ade spekulasi mngatakan bhawa org yg bunuh tu someone dr industry karpet, sbb iqbal dah bongkar diorang punye kegiatan.. tp still, tak de org tau sahih ke tak.. kesian kan??
ni la iqbal masih.. manis je die senyum kan?? 
aku tau, kalau aku tulis pasal bende ni skalipon, tak dapat bantu diorang pon.. perdagangan kanak2 still berleluasa lg.. even kat malaysia pon ade.. but at least, aku nak korang tau, that there are millions of people out there yg jaoh tak bernasib baik dari korang.. paling2 kurang pon, you can be grateful for wat you have n also pray for them.. :)

#doakan jugak sedare2 kite yg kat palestin, syria n walau dimana saje mereka berada agar diorang sentiasa dilindungi oleh Allah dr kekejaman yahudi zionis.. wallahualam.. 
oke.. boiboi..

Tuesday, May 22, 2012

asoka


 
haih,, baru habis tengok cite asoka tadi. mesti korang penah tgk kan?? lakonan hebat shahrukh khan n kareena kapoor.. time kecik2 dulu, aku rase cite ni tak best. sbb sad ending n boring.. so lepas tengok skali dah tak tengok2 dah.. biase la,, time budak dulu2 tak suke cite sedih2 nih, kabhi kushi pon aku tak suke, alih2 cite tu la aku dok ulang tgk smbil berjuraian air mate nih.. haha.. tak tau la knape tetibe ase nak tengok cite asoka nih.. bile tgk balik tu jadi best la pulak kan.. huhu.. aku suka storyline die.. best.. 
aku ase kareena sgt cantik dlm cite nih..
n aku suka kisah asoka ngan kaurwaki jugak. sbb agak tragis.. n aku cam impress la sbb, well, an emperor setia gile kat one woman. cam fairy tale.. so aku pon search la history die.. hahaha alih2 mmg la fairy tale.. fantasi filem tu semata2.. asoka yg betol ade byk bini.. kaurwaki tu salah satu dr bini die la.. but yg part die jumpe kaurwaki kat kalinga tu betol la, but die bukan pegi sbb mak die suroh, tp die di exile oleh bapak die sendiri atas hasutan susima, abang die.. n he fell in love dgn kaurwaki sbb die canntikk sgt.. tp, hakikat die kaurwaki bukan la princess pelarian mcm dlm cite tuh.. kaurwaki tu just seorang nelayan jer.. n part last tu agak sedih gak r time prince kalinga tu mati.. aku tak sure die wujud ke tak prince kecik tu, but klu ikot sejarah yg aku bace, mmg asoka terhutang budi ngan prince of kalinga tuh, sbb bg die perlindungan time die kene exile.. but despite dat, he still serang kalinga in the end.. but the war mmg totally changed him.. n he became very great emperor after dat.. apepon, die punye history ni cam byk versi.. some kate laen.. so aku pon tak tau la.. huhu kalau nak cite pasal emperor asoka punye history memang pnjg la jwbnya (kan ade blaja time form 4).. so aku nak stop kat sini,, aku nak cite pasal filem tu je.. sbb bru tgk balik, exited la kan.. 
ni imej of real Emperor Ashoka.. 
ade rupe SRK laaa...
kan??? haha
walaupon dah lebih sedekad dah, kalau ade sesape yg nak tgk cite tu balik(cam aku) bleh la search kat youtube, ade byk yg ade eng sub, but kualiti not so good la.. aku layan jerr.. haha, n aku suke satu lagu dalam cite tuh,, best!! o re kanchi.....


Oh Re Kanchi, Kaanch Ki Gudiya
Hothon Mein Baandhe, Prem Ki Pudhiya
Naa Unhe Khole, Na Moonh Se Bole
Palkon Pe Rakhke, Aankhon Se Tole

Suniyo Suniyo, Misri Se Meethi
Aankhon Mein Bund Hai, Baatein Rasili
Naa Unhe Khole, Na Moonh Se Bole
Palkon Pe Rakhke, Aankhon Se Tole

dah3.. hahaha… terngiang2 lagu tu.. oke.. boiboi.. :)

Thursday, May 17, 2012

Iblis Datang Mengganggu Ketika Sakaratul Maut



Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.
Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:
Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.” 

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya. 

Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya. 

Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya. 

Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya 

Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” 
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” 
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”
Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.”
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.”
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Iblis: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. 
Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”

p/s:moga2 kite smua mati dlm iman.. insyaAllah.. oke.. boiboi..

#sumber:mutiara kisah

anjing musafir



anjing musafir.. *gmbr skdr hiasan
Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib lahir kat Negeri Habsyah time umat Islam tengah berpindah ke sana dengan dipimpin oleh ayah die Jaafar bin Abi Talib. die merupakan keluarga Bani Hasyim yang paling akhir melihat Rasulullah SAW. Ketika Nabi SAW membaiatnya, Abdullah bin Jaafar baru berumor 7 tahun, turut bersama dalam baiat itu Abdullah bin Zubair yang umurnya pon baru 7 tahun.
Abdullah bin Jaafar memang terkenal sangat dermawan. die penah bersedekah smpai beribu-ribu dinar dlm satu masa, 6 puluh ribu, 4 puluh ribu dinar n lain-lain.
diceritakan bahawa suatu hari Abdullah bin Jaafar sdg berpergian.. time smpai kat sebuah kebun kurma ni, die pon berhentila, untok berehat.. pastu, kat situ die ternampak seorang hamba abdi kulit hitam tgh jage kebun tu.. then hamba tu bukak bekal die nak makan.. dalam tu ade 3 potong makanan.. tetibe ade sekor anjing ni datang n berpusing2 keliling hamba tu sambil menyalak tanda die nak makanan tu.. sambil2 tu die hulur2kan lidah die..
so, hamba abdi yg peka tu pon campak la sepotong makanan die kat anjing tu,anjing tu makan, pastu sepotong lagi.. tp anjing tu tak nak lari2 jugak, die pon campak la potongan yg last, n anjing tu pon makan.. so habis la bekal hamba tu, sbb beri kat anjing tu.. then Abdullah bin Jaafar yg tengok tu sgtla hairan sbb hamba tu bagi semua makanan die kat anjing tu..

“Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di tempat ini?” tanya Abdullah bin Jaafar.. 
“Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi.” hamba tu jawab.
  “Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri akan makan apa?” tanya Abdullah…  
 “Wahai tuan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat yang jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari ini sehingga esok.” jawab hamba tu.. .
after dengar tu, Abdullah berseru: “Subhanallah. Bagus...bagus. Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada saya.”

sebab  terharu n rase kedermawanannya masih dikalahkan oleh seorg hamba hitam,, Abdullah bin Jaafar pon beli la kebun kurma tu n hamba abdi tu skali, dr tuannya.. pastu die merdekakan hamba tu, n bagi kebun tu kat hamba tu.. then die pon meneruskan perjalannnya.. wallahualam.,

 *gmbr skdr hiasan
jom bnykkan bersedekah!! oke,, boiboi..

my fav malay drama - chinta


baru tengok balik cite chinta lakonan fasha n adi.. aku mmg suke giler cite nih.. takat ni, tak de cite mlayu yg bleh lawan cite ni kat ati aku.. hehe.. but ramai yg tak suke cite ni sbb plakonnye fasha.. but aku tak kisah.. die pandai blakon.. so?? lagipon cite ni mmg bes giler!! fasha n adi mmg ade chemistry.. aku suke..:) mmg la chinta jahat(tu pon sbb org sekeliling die yg kianat, kwan n abang sndiri..),, tp in the end die brtaubat kan?? cite ni juz tunjok perjalanan hidop chinta dr sorang yg baek, pastu jd jahil giler n how last2 she can find her way back.. well aku rase mostly org pon penah alami, mayb tak seterok chinta la.. who knows?? n part2 last tu mcm agak byk menyentoh hati aku gak la.. well, cane ramai org yg still kutuk die, even lps die dah insaf..(aku rase tu mcm ade persamaan dgn dunia reality kite,, suke brsangka burok kat org).. n lg satu, watak fardhiya dlm cite nih.. mmg siyes dah kasi tacing hujong ati aku nih.. believe it or not, time tu aku sampai bleh have this thought in my mind , yg aku tak kisah klau one day aku ade madu, n aku nak jadi kuat n sabar mcm sada(watak faradhiya dlm cite nih).. but then,, aku tak nak la kan.. klau boleh i wanna be the one n only la kan.. :p oke, tak nak ckp pasal ni dah, rase mcm dah matured sgt pulak.. klu part2 sweet,, aku paling suke time chinta lari ngan baju pengantin pegi cari si amar kat hospital.. haha cam sweet sgt.. pastu time chinta first time nampak rasul iman.. yes,, aku rase part tu sedih gile.. cam bleh byg ape yg chinta rase time tuh.. oke.. tu je,, kalau korang berminat nak tengok balik or baru nak tengok cite nih,, bleh cari kat sini, http://www.myvitrd.com/2010/09/chinta-free-download-drama-tv3-slot.html.. oke,, boiboi.. :)

Wednesday, May 16, 2012

just italy :)

cantik kan??!!
oke.. tu je.. boiboi..

peeping tom


Peeping Tom..

penah dengar pasal idiom peeping tom?? kalau tak penah, ni maksud die.. cam org yg suka spy someone bile diorang naked atau pon org yg suka intai other person’s window tanpa dilihat sbb nak spy ape yg diorang buat kat rumah..
tapi,, tau tak cane sebenarnya bleh terwujudnya idiom peeping tom nih?? oke, meh nak cite.. cite ni berlaku time abad ke-11 gitu.. kat sebuah city yg bername coventry, kat england.. 
ni coventry zaman skarang.. lawa kan??
ade la sorang pompuan bangsawan nih,, name die lady godiva..  so nak dijadikan cite, lady godiva ni kesian kat penduduk2 coventry tu yg suffer tax yg sgt membebankan dr laki die, leofric.. dah byk kali die mintak laki die kurangkan tax tu, but he refused.. but then,, lepas dah bosan dengar bini die asyik dok mintak3 je, so leofric ni pon setuju la tapi dengan syarat, kalau lady godiva sanggop keliling jalan2 kat coventry tu naked.. n lady godiva sanggop buat!! so, lepas suroh semua org stay kat dalam rumah n tutop pintu tingkap semua tuh,, die pon rode la through the town, naek kude,, naked of cos.. juz ditutupi ngan rambot die je.. 
ni ilustrasi Lady Godiva time die tgh keliling city tuh..
but.. ade sorang tukang jahit nih,, disobey arahan tuh n intai si lady godiva tuh.. n of cos, he’s known as peeping tom la lepas tu.. menurut sumber, tom buat lubang kat die punye tingkap supaya die bleh tengok bile godiva lalu.. n last2 mata die kene cucuk la.. ambek kau, intai bangsawan kot..berani betol budak tu.. ade rumors cakap kene bunuh terus.. tak tau la.. n surprisingly after that, laki si godiva tepati janji die n kurangkan tax para penduduk coventry.. ni berdasarkan famous story yg tersebar la.. ade lg some other version of stories.. so,, tak tau la sejaoh mane kebenarannya..
don't be a peeping tom oke.. :)
oke.. tu je.. boiboi..


Monday, May 14, 2012

harta karun lanun??


buried treasure.. hohoho

kalau tengok cite pasal lanun, mesti ade kaitan ngan cari harta karun tertanam la,, peta harta karun la.. tp, tau kah korang, lanun2 kat dunia nyata tak kan buat bende yg tak de paedah tu melainkan ade sbb yg kukoh untok diorang buat demikian.. legend sal harta karun ni wujud juz sbb sorang lanun yg bernama william kidd.. kenal tak??

ni la William Kidd tu..
review sikit pasal kidd ni,, asalnye die juz a privateer je.. privateer ni kalau korang tengok one piece, cam shicibukai la lebih kurang.. diorang work with government. but then time die blayar tu, some of his crew betray die n gi join pirates.. pastu ade pulak pemberontakan kat atas kapal die.. n kidd somehow dapat manage bende tuh lepas bunuh ketua pemberontakan tu tak silap.. but lepas tu, kidd terus berubah n jd completely pirate.. die jd agak femes lpas tu.. tak nak cite yang tu.. terus kepada klimax..

huhuhu, ni shichibukai2 kat dlm one piece...
kidd ni tau yg die ni wanted but still die sail ke new york untok jumpe die punye kawan merangkap jugak supporter die, govenor bellomont.. kidd mcm harap si bellomont bleh tolong die lepas la dr kegiatan2 yg penah die buat.. so die tau, harta die adalah the only way untok berunding dgn si bellomont.. then, die pegi tanam die punye harta tu before sampai kat new york in case kalau2 die kene arrest ke ape.. pastu bile sampai tu, die pon bagitau la kat bellomont tmpt2 yg die tanam harta2 tu.. tp, lps second meeting, kidd kene tangkap n sent to england.. si bellomont pegi la cari harta2 tu but die juz discover sikit je dr jumlah yg kidd cakap kat die.. die cari merata2, tetap tak jumpe.. malah ade rumors mengatakan bahawa harta kidd jaoh lg byk dr nilai yg die bagitau si bellomont tu.. n kidd pulak, sampai sudah tak nak kasi tau tempat die tanam harta2 tu.. n bile die mati,, jadilah ianya satu misteri.. dia kene gantung pd may 1701.. pastu ramai la pemburu harta karun pegi cari harta tu kat pulau2, tp tak jumpe ape2.. ade org ckp, kawan2 kidd yg tau kedudukan harta tu dah amek harta tu senyap2 kat diorang, but ade jugak yg ckap, kidd juz tipu bellemont je, cakap ade byk tp juz ciput tu je.. beberape dekad pastu, timbul plak cite ade sorang budak kat sebuah pulau ni jumpa lubang yg ditutop dgn papan.. esoknye, budak tu dgn bersemangat gali lubang tu but in the end tak jumpe pape.. pastu ramai yg datang selongkar pit tu but still tak de hasil.. tempat tu dah jadi agak femes lepas tu.. ade rumors cakap tu la tempat kidd tanam harta die.. 
ni la tempat tu, ia di kenali ngan name
'Oak Islands Money Pit'
walau tak penah jumpe pape,, but ramai yg still percaya harta tu benar2 ade.. tp tak de orang yg pasti akan kebenarannya.. tak kisah la.. ape yg pasti kidd telah berjaya mencipta satu legend yg semua lanun akan tanam diorang punye treasure kat mane2 pulau.. oke.. tu je.. boiboi...

Sunday, May 13, 2012

cupid and psyche.. a forbidden love..


cupid
penah dengar pasal cupid?? sebot cupid mesti korang bayang sorang budak laki pegang arrow ngan sayap putih kat blakang kan?? macam kat atas nih.. first time aku dengar perkataan cupid ni time aku baca kaoru punye novel grafik ‘siri maskeret cinta’ time mude2 dulu(bajet tue dah).. korang bace?? klu tak, kene bace.. bes!! oke, n dalam tu, cupid ni digmbrkan sbg sorg laki, tugas die mnyatukan due keping hati untok saling jatoh cinta.. dalam cite tu cupid ni mmg syg giler kat sorg manusia pompuan ni but tak leh bagitau sbb diorg hidop dlm dunia berbeza.. last2 die temukan pompuan tu ngan org laen..aku pon dah lupe cane cite tuh, but, sedih kan??
salah satu 'siri maskaret cinta'
punye novel grafik
tp laen pulak dgn mitos sbnrnye.. some mitos cakap cupid ni remaja, bkn budak laki spt digmbrkan di atas, oleh sbb lg cool, aku decide nak gmbrkn die ni adalah remaja, (yg hensem-point penting disitu) n anak kpd venus yakni mrupakan dewi cinta dlm mitos roman. so,, nak dijadikan cite, si venus ni sgt la dengki ngan sorg puteri manusia ni, yg mmg tersgtlaa cantik sampai sume makhlok pon fall in love ngan die.. name die psyche.. so, si venus ni suroh la cupid pegi struck arrow kat si psyche tu n make her fall in love ngan satu  makhlok hodoh ni. setelah banyak kali argue ngan mak die, cupid pon akur la.. then, malam tu, cupid pon menginvisiblekan diri beliau supaya tak de org nmpk n slow2 pegi kat tepi katil psyche sambil pegang arrow.. die tgh tido time tuh.. then time die nak cucuk arrow tu tetibe psyche bukak mate n look straight into his eyes.. cupid punye la terkejut (sbb seigt die, die invisible) n lastly tercucuk arrow tu kat die punye heart.. n ape lg, he fell deeply in love la ngan si psyche tu.. so misi gagal… dipendekkan cite, pastu every night cupid dtg lawat psyche but die tak bagitau die punye identiti (lampu kene padam) sbb tak nak bagi mak die marah..
 huhu forbidden love.. 
kire diorg mmg dah same2 in love la(ade cakap diorg dah kawin time nih).. but psyche curious giler n one night dye bukak lampu (pelita je ni) n saw betapa hensemnye laki die.. cupid tgh tido time tu.. psyche distracted giler ngan kehenseman cupid sampai menitik minyak pelita atas cupid. cupid tersedar n lari, n tak jumpe psyche dah.. tp psyche syg giler kat cupid n die pon pegi la cari si cupid.. byk la halangan yg die kene tempoh.. n cupid just protect her from far(sweet kan??).. last2 sbb dah tak tahan, cupid pegi jumpe zeus n mintak supaya psyche dijadikn sbg dewinya, pastu suroh zeus tolong ckp elok2 ngan venus bg pihak die..standard cite, hepi ending.. 
and they live happily ever after..
ce byg klu cupid tu budak?? pelik kan??
cite ni mcm byk versi sikit, but aku pilih versi yg paling aku suka la.. :p  apepon, ni semua cumalah mitos shja.. jgn la percaya pulak.. oke.. tu je.. boiboi..



100 Manusia Yang Paling Berpengaruh di Dalam Sejarah


No.
Nama
Pengaruh/Peranan
1
Muhammad S.A.W
Pengasas Islam, penakluk Tanah Arab
2
Isaac Newton
Ahli fizik, penemu teori kegravitian semesta dan hukum gerakan
3
Isa A.S/Jesus
Pembawa asal agama Nasrani
4
Siddharta Gautama (Buddha)
Membawa fahaman Buddha
5
Confucius
Pengasas fahaman Konfusianisme
6
St. Paul
Penyebar agama Kristian
7
Ts'ai Lun
Pencipta kertas
8
Johann Gutenberg
Memajukan mesin percetakan; memperkenalkan percetakan Bible
9
Christopher Columbus
Pelayar; Pemula ekspedisi rakyat Eropah ke Amerika
10
Albert Einstein
Ahli fizik, penemu teori kerelatifan dan Fizik Einstein
11
Louis Pasteur
Ahli sains, penemu proses pempasteuran
12
Galileo Galilei
Ahli astronomi, mengembangkan teori sistem suria heliosentrik (berpusatkan matahari)
13
Aristotle
Ahli falsafah Yunani berpengaruh
14
Euclid
Ahli matematik, memperkenalkan geometri Euclid
15
Musa
Nabi bagi penganut Yahudi, Nasrani dan Islam
16
Charles Darwin
Ahli biologi, menerangkan teori evolusi
17
Shih Huang Ti
Maharaja China
18
Augustus Caesar
Maharaja Empayar Rom
19
Nicolaus Copernicus
Ahli astronomi, mengusulkan sistem suria heliosentik
20
Antoine Laurent Lavoisier
Bapa kimia moden, ahli falsafah dan ekonomi
21
Constantine
Maharaja Rom yang mengiktiraf Kristian sebagai agama rasmi negara
22
James Watt
Memajukan enjin wap
23
Michael Faraday
Ahli fizik, kimia dan penemu aruhan magnet-elektrik
24
James Clerk Maxwell
Ahli fizik, penemu spektrum elektromagnet
25
Martin Luther
Pengasas mazhab Protestan dan Lutheranisme
26
George Washington
Presiden pertama Amerika Syarikat
27
Karl Marx
Pengasas Marxisme, Komunisme Marxisme
28
Orville dan Wilbur Wright
Pencipta kapal terbang
29
Genghis Khan
Penakluk Mongol
30
Adam Smith
Ahli ekonomi, falsafah, menerangkan kapitalisme, pengarang The Thoery of Moral Sentiments
31
Edward de Vere/William Shakespeare
Sasterawan, juga menulis 6 jilid buku falsafah dan keagamaan
32
John Dalton
Ahli kimia, fizik, mengembangkan teori atom dan hukum tekanan separa (Hukum Dalton)
33
Alexander yang Agung
Penakluk, putera Makedonia
34
Napoleon Bonaparte
Penakluk, maharaja Perancis
35
Thomas Edison
Pencipta mentol lampu, fonografi, dll.
36
Antony van Leeuwenhoek
Memperkembangkan mikroskop, mengkaji hidupan mikroskopik
37
William T.G. Morton
Perintis anestesiologi (pelalian)
38
Guglielmo Marconi
Pereka radio
39
Adolf Hitler
Penakluk, peneraju Kuasa Paksi dalam Perang Dunia Kedua
40
Plato
Pengasas fahaman Platonisme
41
Oliver Cromwell
Ketua politik dan ketenteraan British
42
Alexander Graham Bell
Pencipta telefon
43
Alexander Fleming
Penemu penisilin, ahli bakteriologi, imunologi dan kemoterapi
44
John Locke
Ahli falsafah dan fahaman liberal
45
Ludwig van Beethoven
Ahli muzik dan pengarang lagu
46
Werner Heisenberg
Penemu mekanik kuantum, prinsip ketidakpastian, ketua program nuklear Nazi Jerman
47
Lousi Daguerre
Penemu/pencipta fotografi
48
Simon Bolivar
Wira kebangsaan Venezuela, Colombia, Peru, Equador dan Bolivia
49
Rene Descartes
Ahli matematik dan falsafah rasional
50
Michelangelo
Ahli seni, pelukis, arkitek dan pengukir
51
Paus Urban II
Menyeru Perang Salib pertama
52
Umar ibni Al-Khattab
Khalifah kedua, meluaskan empayar Islam
53
Asoka
Raja India yang menganut dan menyebarkan Buddha
54
St. Augustine
Ahli agama Kristian awal
55
William Harvey
Mengembangkan sistem kitaran darah, menulis asas bagi embriologi moden
56
Ernest Rutherford
Ahli fizik, perintis fizik subatom
57
John Calvin
Pembentuk semula Protestan, pengasasn Calvinisme
58
Gregor Mendel
Memperkenalkan genetik Mendelian
59
Max Planck
Ahli fizik dan pakar termodinamik
60
Joseph Lister
Menemui antiseptik
61
Nikolaus August Otto
Membina enjin pembakaran 4 lejang pertama
62
Francisco Pizarro
Penakluk Sepanyol di Amerika Selatan dan menewaskan kaum Inca
63
Hernando Cortes
Menguasai Mexico untuk Sepanyol, memusnahkan tamadun Aztec
64
Thomas Jefferson
Presiden ketiga Amerika Syarikat
65
Ratu Isabella I
Pemerintah Sepanyol yang mengizinkan Christopher Columbus belayar
66
Joseph Stalin
Pemimpin revolusi Kesatuan Soviet
67
Julius Caesar
Penakluk, diktator Rom
68
William si Penakluk
Penakluk, mengasaskan England moden
69
Sigmund Freud
Mengasaskan sekolah psikologi/psikoanalisis Freudian
70
Edward Jenner
Penemu vaksinasi bagi campak
71
Wilhelm Conrad Roentgen
Penemu sinar X
72
Johann Sebastian Bach
Ahli muzik, penggubah lagu
73
Lao Tzu
Pengasas fahaman Taoisme
74
Voltaire
Penulis dan ahli falsafah, menulis Candide
75
Johannes Kepler
Ahli astronomi, menerangkan pergerakan planet dalam Hukum Kepler
76
Enrico Fermi
Memulakan zaman atom, bapa bom atom
77
Leonhard Euler
Ahli fizik, matematik, kalkulus pengkamiran dan pembezaan
78
Jean-Jacques Rousseau
Pengarang dan ahli falsafah
79
Niccoló Machiavelli
Menulis the Prince, risalah politik berpengaruh
80
Thomas Malthus
Ahli ekonomi, penulis Essay on the Priciple of Population
81
John F. Kennedy
Presiden Amerika Syarikat yang mengetuai usaha manuisa untuk ke "planet" lain.
82
Gregory Pincus
Ahli endokrinologi, meperbaiki pil pencegah kehamilan
83
Mani
Pengasas Manicheanisme
84
Lenin
Pemimpin Rusia
85
Sui Wen Ti
Menyatukan China
86
Vasco Da Gama
Ahli pelayaran, menemui jalan ke India melalui Tanjung Harapan
87
Cyrus yang Agung
Pengasas empayar Parsi
88
Peter yang Agung
Memasukkan Rusia ke dalam negara-negara Eropah
89
Mao Zedong
Membentuk fahaman Maoisme, satu bentuk komunisme China
90
Francis Bacon
Ahli falsafah, menerangkan secara induktif akan kaedah ilmiah
91
Henry Ford
Memajukan automobil, pencapaian dalam pengilangan
92
Mencius
Ahli falsafah, menubuhkan sekolah Konfusianisme
93
Zoroaster
Mengasaskan agama Majusi (Zoroastrianisme)
94
Ratu Elizabeth I
Pemerintah England, mengembalikan kuasa Gereja England selepas Ratu Mary
95
Mikhail Gorbachev
Perdana Menteri Rusia yang membantu menamatkan komunisme di Kesatuan Soviet
96
Menes
Menyatukan Mesir Hulu dan Mesir Hilir
97
Charlemagne
Pembaptisannya mendorong kepada terciptanya Empayar Rom Suci pada 800 Masihi
98
Homer
Pemuisi epik
99
Justinian I
Maharaja Rom, menakluk kembali empayar Mediterranean
100
Mahavira
Pengasas fahaman Jainisme

bende ni actually berasal dari sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 1978, oleh Michael H. Hart, iaitu seorang yahudi n merupakan ahli astronomi n ahli sejarah yg femes kat Amerika Syarikat.. tajok buku tu ialah The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History(100: Kedudukan Tokoh Paling Berpengaruh Dalam Sejarah). yang menarik nye, Michael H. Hart meletakkan Nabi Muhammad S.A.W di ranking first n menyebabkan buku ni menimbulkan kontroversi di kalangan yahudi sendiri... namun begitu, sudah terang lagi bersuloh, Dr. Hart ni tak meletakkan nama orang yang besar2 or agung2.. kriterianye adalah BERPENGARUH. so, antara alasan die ialah Nabi Muhammad S.A.W mampu mencari pengaruh berbilion manusia di seluruh dunia melalui kegiatan keagamaan dan pemerintahan. buku ni dicetak balik pada 1992 dengan beberapa perubahan dari senarai asal, tapi sepuluh yang teratas tak penah berubah. so, even yahudi pon iktiraf Nabi Muhammad S.A.W setinggi tu.. kite kite??? piker2 kan la.. oke.. tu je.. sharing is caring :)  boiboi…

#sumber: wikipedia